say

my life story to remembered... embarrassing to fulfill my daily life with love and honesty…. pleasant of feeling blissful and wonderful…wishing the sweet sun shine always thru my window and bring me all kinds of happiness forever and ever

Tuesday, February 10, 2015

Fasa 1 : Memulakan Diet Atkins

Terfikir nk diet tapi nak makan... makan... makan.....
Cara terbaik pilih lah diet atkins.... bole makan sampai 5x sehari..... terpulang kuantiti makanan byk mana asal kenyang... bukan makan sampai muntah ler... cuma menu tu kene makan makanan terpilih jer....

 Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

 



Ini pula makanan yang dilarang.... ini semasa induction.... nk memulakan diet atkins sekurang2nya untuk 2 minggu pertama... jika bole bertahan sambung lah sampai berat turun mengikut kg idaman... lepas tu bole laa makan ayam goreng bertepung ke.... sbb fasa ke-2 lebih kepada nk maintain berat...
 
Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos dan kicap 
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Ini penerangan berkenaan semasa Induction Fasa-1

- berlangsung selama 2 minggu
- jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut - teruskan untuk 6 bulan (20gram)
- tahap seterusnya Ongoing Weight Loss - mula ambil makanan berkarbohidrat secara berperingkat: tambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) mula mengawal had pengambilan karbohidrat terhadap badan
- selepas itu toleransi dengan badan menerima jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram)- tapi tidak akan menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan
* untuk atlit yg bersukan boleh ambil sehingga 100gram sehari manakala yg kurang bersukan 40-70 gram sehari tp untuk liz yg bermetabolisma rendah cuma diperuntukkan 24 gram sehari
Yang best nya diet atkins tak perlu beriya2 nk berlapar.... x perlu nk abis kan duit beli ubat itu ini.... x perlu nk beli ubat sapu kurus yg memacam... cuma bertahan sbb pilihan makanan & minuman yg terhad... itu jer!!!
Antara yg berjaya dengan diet atkins...... errrmmmm bole ke aku nii bertahan seperti mereka.... tak per post kan gmbr kt sini kasi semangat kt diri.... muahahahhahaaaa!!!!!!!!!




Kim Kardashian pon okeh.... pilih diet atkins untuk kurus dgn cepat nyerrrrrr.....


Semangat dh niii...... nk kuyusss... nk kuyussss!!!!!!!!!!!

Wassalam

No comments:

Post a Comment