google punye google... punyerrr google.... jumpa beberapa petua utk di jadikan panduan... terpulang pd memasing pilih cara yg mane... asal kan mudah utk di praktik kan oleh diri sendiri & selesa memilih cara tersebut.... bagi liz yang no 1 4 5 7 menjadi pilihan.... sbb umah mak ade kelapa & lidah buaya.... umah sendiri liz ade tanam pokok bunga raya... so bole lewww rembat daun nyer
Petua melebatkan rambut
- Anda cuma perlu ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan rendamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian, embunkan waktu malam. Pagi esoknya perah limau nipis tersebut bersama bahan yang telah diembunkan. Seterusnya basuh rambut anda dengan air campuran tersebut dan biarkan selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.
- Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan perahan tadi sehingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Kemudian, cuci sehingga bersih.
- Campurkan minyak bijan bersama dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Campuran ini akan mengharumkan minyak tersebut. Lumurkan minyak tersebut ke rambut dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas menggunakan air. Untuk mengelakkan rambut dari berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
- Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.
- Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.
- Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.
- Ambil sebiji nenas dan kisar sehingga menjadi jus. Kemudian, biarkan semalaman dan barulah dilumur ke rambut dan dibiarkan selama setengah jam. Amalkan petua ini tiga kali seminggu.
- Rendam tiga sudu serbuk teh bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan campuran tadi semalaman. Kemudian sapukan pada kuit kepala dan dibiarkan selama satu jam sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.